PUTRAJAYA, 28 September 2023 - Sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2023, Kementerian Ekonomi turut menyertai perarakan yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. Kontinjen dari Kementerian Ekonomi yang terlibat terdiri daripada kakitangan Kementerian Ekonomi.

Dengan tema Maulidur Rasul pada tahun ini “Perpaduan Teras Malaysia Madani” diharap dapat menjadi wadah terbaik dalam menyantuni masyarakat mencontohi susur kehidupan, perjuangan dan sunnah Rasulullah SAW.