- 102 views
YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia telah merasmikan Majlis Sidang Kemuncak KL20 2024 yang berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur, hari ini.
Majlis dimulakan dengan ucapan dari YB Gobind Singh Deo, Menteri Digital dan seterusnya dari YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi.
Kemudian, ucapan dan perasmian majlis oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.
Sebanyak 25 buah syarikat terlibat dalam menandatangani Letter of Intent (LOI), yang melibatkan firma dan syarikat berteknologi tinggi.
Turut dilancarkan Kertas Tindakan KL20, sebuah pelan hala tuju secara menyeluruh yang mengandungi inisiatif pembaharuan ketara bagi memacu sektor teknologi pemula Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.
Sidang Kemuncak KL20 2024 ini memberi nafas baharu dalam perjalanan Malaysia untuk menjadi kelompok 20 negara teratas global bagi syarikat pemula niaga pada tahun 2030.