- 91 views
Kuala Lumpur, 3 November 2020 - YB Dato' Sri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) diberi taklimat mengenai fungsi dan peranan Malaysia Healthcare Travel Council (MTHC) pada hari ini.
Industri pelancongan kesihatan telah mencatatkan pendapatan sebanyak RM1.7 bilion dan menyumbang sejumlah RM7 bilion kepada ekonomi Malaysia pada tahun 2019.
Malaysia telah dianugerahkan sebagai 'Destination of the Year' untuk kategori pelancongan kesihatan dari tahun 2015 hingga 2017 dan pada tahun ini dengan kepujian tertinggi oleh jurnal UK International Medical Travel Journal.