Nusajaya, 21 Jun 2020 - YB Dato' Sri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YAB Datuk Ir. Haji Hasni bin Haji Mohammad, Menteri Besar Johor di pejabatnya.

Pertemuan hari ini bagi bertukar idea dan pandangan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Johor terutamanya bagi meningkatkan ekonomi negara pasca COVID - 19.