- 27 views
Kuala Lumpur, 3 Julai 2020 - YB Dato' Sri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) merasmikan Majlis Pelancaran Pembiayaan dan Pembayaran Digital dan e-Dompet MyPay.
Di samping keyakinan masyarakat yang kian meningkat, ‘normal baharu’ telah mendorong inovasi dalam bidang digital. Kerajaan telah mempergiatkan agenda transformasi digital untuk mencapai piawai tertinggi kecekapan, kemudahan, keterbukaan dan maklum balas yang pantas dalam perkhidmatan Kerajaan demi kepentingan rakyat.