- 72 views
Mesyuarat 2nd ASEAN Coordinating Task Force on Blue Economy (ACTF-BE) telah berlangsung pada 30 September 2025 (Selasa) bertempat di Hyatt Regency Kinabalu, Sabah.
Mesyuarat ini menjadi wadah penting bagi Negara Anggota ASEAN untuk menyelaras keutamaan nasional masing-masing, di samping memastikan hala tuju tersebut selaras dengan Kerangka Ekonomi Biru ASEAN (ASEAN Blue Economy Framework) yang telah dipersetujui bersama.
Malaysia telah diwakili oleh Dato’Ts.V. Valluvan Veloo, Timbalan Ketua Setiausaha (Makro), Kementerian Ekonomi, yang turut menzahirkan komitmen Malaysia untuk bekerjasama erat dengan semua Negara Anggota ASEAN. Beliau menegaskan kepentingan kerjasama serantau dalam memupuk pertumbuhan ekonomi baharu berasaskan sumber maritim, pesisir pantai dan sumber air tawar, sambil memastikan aspek kelestarian, keterangkuman dan daya tahan menjadi teras utama.
Malaysia percaya bahawa inisiatif Ekonomi Biru akan menjadi pemangkin penting kepada agenda pembangunan mampan ASEAN, sekaligus memastikan kesejahteraan generasi masa kini serta masa hadapan terus terpelihara.
Kementerian Ekonomi akan terus mendukung usaha bersama ASEAN dalam memperkukuh visi dan kerangka pelaksanaan Ekonomi Biru, seiring dengan aspirasi untuk menjadikan rantau ini lebih makmur, lestari dan berdaya saing.
#KementerianEkonomi #ASEAN #MalaysiaMadani #RancakkanMadani #MadaniBekerja

