Putrajaya, 12 Januari 2024 - YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi telah mempengerusikan Mesyuarat Ahli Exco Pusat Revolusi Perindustrian Keempat Malaysia (MYCentre4IR) di Menara Prisma.

Mesyuarat ini telah membincangkan beberapa perkara. Antaranya, pengenalan MYCentre4IR, Tadbir Urus MYCentre4IR dan Pelan Hala Tuju MYCentre4IR. Hadir sama, YBhg. Dato’ Nor Azmie Diron, Ketua Setiausaha, Kementerian Ekonomi dan Encik Fabian Bigar, Ketua Pegawai Eksekutif MyDIGITAL Corporation.