- 131 views
PUTRAJAYA, 2 Mei 2023 - Telah berlangsungnya Mesyuarat Jawatankuasa PEMANDU Majlis Ekonomi Digital Negara dan Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) Negara yang dipengerusikan oleh YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi di Menara Prisma.
Mesyuarat ini bertujuan memperkukuhkan pelan pelaksanaan dan menambahbaik cadangan pelaksanaan untuk dibentangkan kepada YAB Perdana Menteri dan Ahli Majlis semasa Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan 4IR Negara kelak.
Hadir sama, YBhg. Dato’ Nor Azmie Diron, Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, Encik Fabian Bigar, Ketua Pegawai Eksekutif MyDIGITAL serta pegawai-pegawai Kementerian Ekonomi.