- 110 views
YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Peralihan Tenaga Kebangsaan (National Committee On Energy Transition – NCET) Bilangan 1 Tahun 2024 yang dipengerusikan oleh YAB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air.
Mesyuarat Jawatankuasa Peralihan Tenaga Kebangsaan (National Committee on Energy Transition – NCET) Bilangan 1 Tahun 2024 ini telah dipengerusikan oleh YAB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi pada 11 Jun 2024 (Selasa) di Menara PETRA, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Putrajaya.
Jawatankuasa ini merupakan jawatankuasa utama dalam memastikan pelaksanaan Pelan Tindakan Dasar Tenaga Negara (DTN) dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (National Energy Transition Roadmap-NETR) yang dirancang memberi kesan langsung kepada kemajuan sektor tenaga serta agenda peralihan tenaga negara. Mesyuarat kali ini membincangkan laporan kemajuan pelaksanaan 10 projek flagship serta 50 inisiatif- inisiatif di bawah NETR.
Selain itu, Pelan Hala Tuju Ekonomi dan Teknologi Hidrogen (Hydrogen Economy and Technology Roadmap- HETR) turut telah dibentangkan oleh YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Turut hadir YBhg. Datuk Dr. Yatimah Sarjiman, Timbalan Ketua Setiausaha (Sektoral), YBrs. Dr. Afiza Idris (Pengarah Bahagian Tenaga) dan ahli-ahli Jawatankuasa yang terdiri daripada Kementerian/Agensi dan peneraju (champions) 10 projek Flagship dan 50 inisiatif NETR.