Putrajaya, 1 Ogos 2023 - Cadangan Strategi dan Inisiatif Utama dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas (KSP RMKe-12) telah dibentangkan oleh pengurusan tertinggi Kementerian Ekonomi dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara (JPPN) Bilangan 3 Tahun 2023 yang telah dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara.

Pembentangan telah dibuat oleh YBhg. Dato’ Nor Azmie Diron, Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi dan YBhg. Datuk Dr. Zunika Mohamed, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Ekonomi.

Turut hadir sama secara dalam talian, YBhg. Datuk Yatimah Sarjiman, Timbalan Ketua Setiausaha (Sektoral) Kementerian Ekonomi serta pegawai-pegawai dari Kementerian Ekonomi.