SINGAPURA, 14 Julai 2023 - Malaysia-Singapura Joint Ministerial Committee for Iskandar Malaysia (JMCIM) telah mengadakan Mesyuarat Ke-16 pada 14 Julai 2023 di Singapura. Mesyuarat tersebut dipengerusikan bersama oleh Menteri Pembangunan Negara Singapura, Encik Desmond Lee dan Menteri Ekonomi Malaysia, YB Tuan Mohd Rafizi Ramli. Turut hadir, Pemangku Menteri Pengangkutan Singapura, Encik Chee Hong Tat dan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi. Pegawai-pegawai kanan dari kedua-dua negara turut hadir.

JMCIM bersetuju mengkaji penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (Johor-Singapore Special Economic Zone – JS-SEZ) dan satu pasukan petugas khas JS-SEZ untuk memacu pertumbuhan ekonomi serta memperkukuh kesalinghubungan ekonomi dan kerjasama demi manfaat bersama rakyat.