4 Februari 2025, Kuala Lumpur - Mesyuarat Khas Jemaah Menteri mengenai Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK 13) telah diadakan di Parlimen yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mesyuarat telah dihadiri oleh YB Dato' Seri Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi, YB Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib, Timbalan Menteri Ekonomi, Jemaah Menteri, YBhg.Tan Sri Dato' Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara, serta YBhg. Dato' Nor Azmie bin Diron, Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi dan YBhg. Datuk Dr. Zunika Mohamed, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Ekonomi.

Mesyuarat ini membincangkan gerak kerja serta proses penyediaan Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13), yang dijadualkan untuk dibentangkan di Parlimen pada bulan Julai 2025.

Kerajaan komited untuk memastikan RMK13 menjadi pemacu utama kemajuan negara demi kesejahteraan rakyat..

#kementerianekonomi

#MADANIBekerja

#taatsetia

#RMK13