Putrajaya, 11 Februari 2020 - YB Senator Dr. Radzi Jidin, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi mempengerusikan Mesyuarat bagi Sesi Kumpulan Fokus Pelancongan dalam merangka RMKe-12.

Sesi ini dihadiri oleh pakar-pakar dan pemain industri yang telah menyumbang cadangan yang bernas dalam sektor pelancongan.

Sektor pelancongan adalah salah satu penyumbang utama ekonomi negara dan mempunyai potensi keberhasilan yang tinggi.