- 29 views
Hari ini, Kementerian Ekonomi melangkah setapak lagi dalam memperkukuh hubungan antara pihak Pengurusan dan warga kementerian melalui Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Bil. 2/2025.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Nor Azmie Diron, Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi dan turut dihadiri oleh pengurusan tertinggi kementerian dan wakil pekerja bagi penggal baharu.
Di meja perbincangan, suara dan pandangan disatukan demi satu matlamat iaitu menangani isu-isu yang memberi kesan kepada warga kementerian, sambil memastikan kebajikan dan suasana kerja sentiasa terpelihara.
Wakil pekerja di MBJ turut beriltizam menjadi rakan strategik kepada pihak pengurusan tertinggi, bagi memastikan dasar dan inisiatif kementerian dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan inklusif.
#RancanganMalaysiaKetigaBelas
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
#MalaysiaMADANI
#KementerianEkonomi

