PUTRAJAYA, 27 Julai 2023 - YB Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib, Timbalan Menteri Ekonomi menghadiri Mesyuarat Majlis Sosial Negara (MSN) Bilangan 2 Tahun 2023 yang dipengerusikan oleh YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri.

Mesyuarat kali ini yang telah diadakan di Dewan Persidangan ICU, Jabatan Perdana Menteri memberi penekanan terhadap isu serta cabaran yang dihadapi dan memberi tumpuan kepada penyediaan iklim yang segar dan positif untuk menggalakkan pelaburan, memulihkan keyakinan serta memacu pertumbuhan ekonomi negara. Pembangunan sosial turut diberi perhatian sewajarnya dari segi kesihatan, pendidikan dan hak asasi masyarakat.

YAB Timbalan Perdana Menteri turut mengalu-alukan kerjasama agensi Kerajaan, ahli akademik dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) untuk sama-sama membentangkan cadangan yang bernas bagi merealisasikan Malaysia MADANI sebagai usaha memastikan kesejahteraan masyarakat secara holistik dapat dicapai.

Hadir sama, YB Dato’ Sri Nancy Shukri Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Fadhlina Sidek Menteri Pendidikan, YB Dato’ Sri Azalina binti Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), dan YB Dr. Zaliha binti Mustafa, Menteri Kesihatan.

#kementerianekonomi  #malaysiamadani