Putrajaya, 13 April 2020 - YB Dato' Sri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) hadir ke Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Bilangan 4 Tahun 2020 yang dipengerusikan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri.

Hadir sama YB Dato' Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri; YB Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan serta ahli Jawatankuasa Peringkat Tertinggi Majlis Tindakan Ekonomi.