PUTRAJAYA, 15 Mei 2023 - YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri telah mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Bil. 1/2023 di Bangunan Perdana Putra hari ini.

Mesyuarat yang dihadiri oleh YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi melibatkan pembentangan mengenai Pangkalan Data Utama (PADU) dan pemberian subsidi secara bersasar.