12 Februari 2025, Putrajaya - YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri, telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Bilangan 1 Tahun 2025 di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya pada 12 Februari 2025. Antara perkara utama yang dibincangkan adalah Rangka Tindakan Penuaan Kebangsaan (National Ageing Blueprint – NAB) oleh Kementerian Ekonomi serta pembentangan Prospek, Cabaran dan Keutamaan Dasar Ekonomi oleh Bank Negara Malaysia. Rangka Tindakan Penuaan Kebangsaan ini merangkumi perancangan dasar, rangka kerja serta pelan tindakan jangka pendek, sederhana dan panjang bagi memastikan negara bersedia menghadapi impak penuaan penduduk secara menyeluruh. Diharapkan penyelarasan dasar Kerajaan dalam mewujudkan keadaan ekonomi yang positif, termasuk ikhtiar pembaharuan struktur, akan dapat memperkukuh ketahanan ekonomi negara.

#MalaysiaMADANI

#MADANIBekerja

#kementerianekonomi

#taatsetia