- 102 views
PUTRAJAYA, 13 Februari 2023 – Mesyuarat Mengenai Pemantauan Projek Pembangunan RMKe-12 telah berlangsung semalam di Menara Prisma.
Hadir ke mesyuarat tersebut ialah YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi, YB Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib, Timbalan Menteri Ekonomi, YBhg. Dato’ Nor Azmie Diron, Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, dan YBhg. Datuk Haji Ruji Haji Ubi, Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
Mesyuarat bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai tanggungjawab ICU untuk memantau dan melaporkan prestasi pelaksanaan projek-projek pembangunan itu turut disertai pengurusan kanan Kementerian Ekonomi dan ICU, JPM.