- 45 views
BANDAR SERI BEGAWAN, BRUNEI DARUSSALAM, 23 Oktober 2023 - Mesyuarat National Secretariat Brunei-Indonesia-Malaysia-Philippines East ASEAN Growth Area (BIMP-EAGA) telah diadakan di Hotel Empire, Brunei Darussalam.
Delegasi Malaysia telah diketuai oleh YBrs. Dr. Hj. Mohd Shaharin bin Umar, Pengarah Bahagian Pembangunan Wilayah, Kementerian Ekonomi.
Mesyuarat ini merupakan persediaan kepada BIMP-EAGA Senior Officials Meeting ke-31 dan BIMP-EAGA Ministerial Meeting ke-26 yang akan diadakan pada 24 hingga 26 Oktober 2023 ini. Mesyuarat ini adalah platform yang penting untuk membincangkan kerjasama ekonomi negara serantau.