PUTRAJAYA, 5 Oktober 2022 - YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) telah mengetuai perwakilan Malaysia bagi Mesyuarat OPEC+ Ke-33 secara dalam talian yang melibatkan penyertaan 23 buah negara. Malaysia turut diwakili oleh YBhg. Datuk Yatimah Sarjiman, Timbalan Ketua Pengarah (Sektoral), Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU, JPM), pegawai-pegawai dari EPU, Jabatan Peguam Negara (AGC) dan PETRONAS.