- 492 views
KUALA LUMPUR, 14 Mac 2023 – Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH) telah diadakan di bangunan Parlimen Malaysia buat kali pertama setelah platform tersebut diaktifkan semula dengan mandat Jemaah Menteri.
Mempengerusikan mesyuarat tersebut hari ini ialah YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi selaku Pengerusi Bersama PEMUDAH.
PEMUDAH merupakan satu jawatankuasa bersama antara pimpinan kerajaan dan wakil industri. Ia merupakan platform bagi kedua-dua pihak bekerjasama memperbaiki proses kerajaan untuk mempercepatkan pertumbuhan ekonomi.
PEMUDAH dipengerusikan bersama YB Rafizi Ramli, YBhg. Tan Sri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara dan YBhg. Datuk Wira Dr. Hj. Ameer Ali Mydin selaku wakil industri.
Hadir sama pada mesyuarat dan sidang media kemudiannya ialah YBhg. Dato’ Nor Azmie Diron, Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi dan YBhg. Dato’ Abdul Latif Hj Abu Seman, Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).