PUTRAJAYA, 25 Ogos 2023 - YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof telah mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Projek-Projek Pembangunan Kawasan Sempadan Malaysia Indonesia (Sabah-Sarawak-Kalimantan) di Kementerian Ekonomi.

Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk menyelaras perancangan pembangunan di kawasan sempadan Sabah-Sarawak-Kalimantan dengan pemegang taruh utama yang terlibat.