- 58 views
PUTRAJAYA, 14 November 2023 – YBhg. Datuk Dr. Zunika Mohamed, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) telah mempengerusikan Mesyuarat Structural Mission bersama 3 orang pakar ekonomi daripada Organisation for Economic Co-Operation (OECD). Mesyuarat structural mission ini diadakan dari 14 hingga 17 November 2023 di Malaysia.
Structural mission ini melibatkan mesyuarat bersama wakil OECD dengan Kementerian/Agensi serta pihak swasta bagi membincangkan skop serta mendapatkan maklum balas, maklumat dan data bagi penyediaan Laporan OECD Economic Survey of Malaysia Tahun 2024.