Putrajaya, 23 Mac 2021- PUSPANITA Cawangan Kecil UPE, JPM telah mengadakan Mesyuarat Terhimpun Tahun 2021.

Seramai 105 orang Ahli PUSPANITA UPE, JPM dan jemputan hadir secara fizikal pada majlis tersebut. Majlis Perasmian diserikan dengan kehadiran YBhg. Datin Sri Khamarzan binti Ahmed Meah, suri kepada YB Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) merangkap Penaung PUSPANITA Cawangan Kecil UPE, JPM.

Turut hadir YBhg. Datuk Saiful Anuar bin Lebai Hussein, Ketua Pengarah UPE, JPM merangkap Penasihat Puspanita UPE, JPM, YBhg. Datin Suzana binti Kamisan Pengerusi Puspanita UPE, JPM, Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah dan Pengarah Bahagian UPE, JPM.

Sesi perkongsian ilmu telah dijayakan oleh Tuan Syamsul Debat  dengan tajuk “WANITA…BIDADARI SYURGA”

Semoga dengan penganjuran program seumpama ini dapat memberikan impak positif dengan menggalakkan  ahli-ahlinya menyertai aktiviti dan program berbentuk kebajikan dan kesukarelawan serta mengeratkan lagi silaturahim antara Ahli PUSPANITA UPE, JPM.