PUTRAJAYA, 8 September 2023 - YBhg. Dato’ Nor Azmie Diron, Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi telah menyerahkan dokumen Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas (KSP RMKe-12) kepada YBhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara.

KSP RMKe-12 merupakan dokumen dasar yang signifikan dalam menentukan hala tuju pembangunan sosioekonomi negara yang seimbang dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan berteraskan nilai-nilai murni. Dokumen ini juga disediakan dengan beraspirasikan kepada wadah Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat.