- 2 views
PUTRAJAYA, 30 Julai 2025 – YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II Memangku Menteri Ekonomi, hari ini menyerahkan secara rasmi dokumen Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) kepada YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri, di Pejabat Perdana Menteri. Turut mengiringi ialah YBhg. Dato’ Nor Azmie bin Diron, Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi.
Penyerahan ini menandakan pemuktamadan dokumen RMK13 sebagai pelan pembangunan lima tahun negara bagi tempoh 2026–2030, yang menjadi panduan strategik untuk memacu pertumbuhan ekonomi, memperkukuh daya saing negara, meningkatkan kesejahteraan rakyat, dan memastikan pembangunan inklusif dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.
📸 : Pejabat Perdana Menteri
#RMK13
#KementerianEkonomi
#KerajaanMADANI
#MalaysiaMADANI