SERDANG, 24 Julai 2023 - YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi, merasmikan Pusat Kecemerlangan Industri Pertanian IPR-INTAN @ UPM di Universiti Putra Malaysia.

Menerusi kerjasama Universiti Putra Malaysia, Pusat Program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) Usahawan Tani (INTAN) di bawah Kementerian Ekonomi ini dapat meningkatkan pendapatan rakyat melalui teknologi pertanian.

Program ini adalah pendekatan pelbagai serampang yang diambil oleh Kementerian Ekonomi untuk menangani isu keselamatan dan keterjaminan makanan menggunakan kaedah pertanian moden di samping membasmi kemiskinan demi kestabilan masa depan negara.

Hadir sama, YB Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib, Timbalan Menteri Ekonomi, YBhg. Dato’ Nor Azmie Diron, Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi dan YBhg. Dato’ Prof. Dr. Mohd. Roslan Sulaiman, Naib Canselor UPM.