- 46 views
Melaka, 10 Julai 2020 - YB Dato' Sri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) hadir ke sesi perbincangan bersama YAB Datuk Sulaiman Md Ali, Ketua Menteri dan delegasi Kerajaan Negeri Melaka bertempat di Bilik Mesyuarat Tun Mutahir, Seri Negeri.
Antara perkara yang dibincangkan merangkumi pelan pembangunan negeri Melaka serta perancangan merancakkan ekonomi negeri tersebut pasca COVID-19.
Hadir sama delegasi dari Unit Perancangan Ekonomi yang diketuai YBhg. Dato' Saiful Anuar Lebai Hussen serta pengurusan tertinggi EPU.