- 90 views
Kuching, 18 Julai 2020 - YB Dato' Sri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) hadir ke Perjumpaan bersama Regional Corridor Development Authority (RECODA) dan Komuniti Perniagaan Negeri Sarawak.
Perjumpaan tersebut melibatkan seramai 50 orang usahawan yang membincangkan landskap perniagaan pasca COVID-19 sebagai salah satu penggerak pemulihan ekonomi merangkumi aspek pendigitalan dan kemudahan pembiayaan sektor perniagaan.