29 Ogos 2024 (Khamis) – Perjumpaan Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) Bersama Personel MySTEP Kementerian Ekonomi telah diadakan untuk memberikan penerangan kepada Personel MySTEP mengenai pelantikan, pengurusan kewangan dan keselamatan dokumen.

Sesi ini juga memberi peluang kepada komunikasi dua hala untuk mendapatkan maklum balas dengan berkongsi pandangan antara pihak pengurusan dengan Personel MySTEP.

YBrs. Dr. Nor Azlina binti Ariffin, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) telah berkongsi aspirasi dan harapan kepada semua Personel MySTEP agar menjalankan tugas dengan penuh amanah dan integriti.

Sesi ini turut dihadiri oleh Puan Yuslindal binti Yaakub, Pengarah Bahagian Sumber Manusia, Encik Zahar bin Harun, Pengarah Bahagian Kewangan, Puan Siti Zaleha binti Mohd Fathillah, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan dan Encik Mohd Maulud bin Sukaimi, Akauntan Kanan Bahagian Akaun, selaku wakil Pengarah Bahagian Akaun.

Perjumpaan ini turut menghimpunkan semua Personel MySTEP yang berkhidmat di Kementerian Ekonomi bagi tahun 2024.