- 12 views
MEMBERI RUANG UNTUK ANAK MUDA MEMAHAMI PEMBANGUNAN EKONOMI
YB Tuan Haji Akmal Nasrullah Haji Mohd Nasir, Menteri Ekonomi, hari ini berkesempatan bertemu dengan dua peserta Program MADANI Fellowship Tahun 2026 yang ditempatkan di Pejabat Menteri dan Timbalan Menteri Ekonomi, susulan Majlis Penyerahan Peserta Program MADANI Fellowship 2026 yang disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri pada 30 September 2026.
Dalam pertemuan ini, YB Menteri turut berkongsi pengalaman, pandangan dan panduan mengenai tugasan serta realiti sebenar, khususnya dalam mengurus dan merancang pembangunan ekonomi negara.
Selamat datang kepada Cik Sarah Sim Pei En dan Encik Amish Harneel Singh A/L Harjeet Singh! Jadikan penempatan ini satu peluang untuk mendalami dengan lebih dekat bagaimana pertimbangan terhadap dasar ekonomi di peringkat Pentadbiran Atasan dan Kementerian, diterjemahkan kepada pelaksanaan yang memberi kesan kepada pekerjaan, pendapatan, peluang perniagaan dan kesejahteraan rakyat.
Sudah pasti pengalaman ini dapat memberikan perspektif yang lebih luas mengenai peranan perkhidmatan awam serta tanggungjawab dalam menterjemahkan agenda pembangunan negara kepada manfaat yang nyata.
Anak muda perlu diberi ruang untuk bertanya, belajar dan mengalami sendiri bagaimana dasar dibentuk dan pelaksanaannya untuk rakyat.
#KementerianEkonomi #MADANIBekerja #TaatSetia

