Putrajaya, 15 November 2022 - YBhg. Dato’ Nor Azmie Diron, Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU, JPM) mengadakan pertemuan bersama pengurusan kanan EPU, JPM, hari ini.

Dalam pertemuan sulung selaku Ketua Pengarah EPU, JPM, YBhg. Dato’ Nor Azmie Diron menzahirkan tekad untuk meneruskan keunggulan EPU sebagai sebuah organisasi yang dihormati ramai.

Turut hadir, YBhg. Datuk Dr. Zunika Mohamed, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), EPU, JPM, dan pengarah-pengarah bahagian EPU, JPM.