- 83 views
Bukit Bunga, 26 September 2020 - YB Dato' Seri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) merasmikan Majlis Penutup Program Digital Marketing @ Jeli siri 2 yang disertai 100 orang peserta.
Program ini adalah kesinambungan daripada Program Menjana Ekonomi Digital @Jeli yang telah diadakan pada 14 Jun lalu di Pondok Moden, Jeli bagi memastikan usahawan khususnya di Jeli mengaplikasikan pemasaran digital bagi produk mereka.
Hadir sama adalah YBrs. Dr. Suhana binti Mohd Salleh, Pengarah Bahagian K-Ekonomi, Unit Perancang Ekonomi.