Perak, 13 Januari 2024 - Program Hala Tuju Tahun 2024 Bersama YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi telah diadakan di Institut Latihan Statistik Malaysia (ILSM), Perak pada 13 hingga 14 Januari 2024. Intipati program merangkumi pembentangan oleh Ketua-Ketua Bahagian kepada Pengurusan Tertinggi Kementerian Ekonomi.

Rangkuman Hala Tuju Kementerian Ekonomi Tahun 2024 telah dibentangkan oleh YBhg. Dato' Nor Azmie Diron, Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi. Akhir sekali, YB Rafizi Ramli menutup tirai program dengan Resolusi Hala Tuju Kementerian Ekonomi Tahun 2024.