PUTRAJAYA, 29 Mac 2023 - Program Iftar Ramadan Kementerian Ekonomi 2023/1444 Hijrah telah berlangsung dengan dihadiri YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi dan YB Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib, Timbalan Menteri Ekonomi. 

Majlis dimulakan dengan sesi perkongsian ilmu oleh penceramah jemputan, Che'gu Mahadi Mohd Ismaei'ly yang kemudian diikuti majlis berbuka, solat maghrib, isyak dan terawih berjemaah.

Selain YB Menteri dan YB Timbalan Menteri Ekonomi, program tersebut juga dihadiri Dato' Nor Azmie Diron, Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, Timbalan-timbalan Ketua Setiausaha Kementerian, ketua jabatan dan agensi.