- 10 views
16 Februari 2025, Alor Setar - Program Jerayawara Dasar Gaji Progresif (DGP) yang diadakan di Hotel Grand Alora, Alor Setar pada Ahad, 16 Februari 2025, telah menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada pelbagai pihak, termasuk majikan, pekerja, dan agensi berkaitan.
Pelbagai sesi pembentangan yang informatif dan bermanfaat telah diverian kepada semua yang terlibat. Antaranya, Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) memulakan sesi dengan topik Pendidikan Perburuhan, diikuti oleh Kementerian Ekonomi yang memperincikan Dasar Gaji Progresif. Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) turut serta dengan membincangkan pelaksanaan dan masa depan Gaji Minimum di Malaysia.
Selain itu, Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM) mengadakan sesi mengenai Productivity Linked-Wage System (PLWS), manakala HRD Corp menekankan peranan mereka dalam melatih tenaga kerja.
Program ini selari dengan semangat Ekonomi MADANI yang menekankan keadilan sosial, pertumbuhan ekonomi mampan, dan kesejahteraan tenaga kerja. Diharapkan melalui jerayawara ini, lebih ramai pihak akan memahami kepentingan sistem gaji yang adil dan progresif dalam meningkatkan produktiviti negara.
#KementerianEkonomi
#MalaysiaMADANI
#taatsetia
#MADANIBekerja