- 82 views
PUTRAJAYA, 22 Ogos 2023 - YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi telah merasmikan Program Keceriaan Kementerian Ekonomi di Menara Prisma.
Program ini merupakan salah satu pengisian bagi menyambut kehadiran panel juri penilai bagi Program Keceriaan Antara Kementerian anjuran Jabatan Penerangan Malaysia melalui Kementerian Komunikasi dan Digital.
Ketibaan juri penilai diserikan dengan nyanyian koir Jabatan Perangkaan (DOSM).
YBhg. Dato’ Nor Azmie Diron, Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi telah mengetuai bacaan Ikrar Rukun Negara.
Program diteruskan dengan lawatan ke lokasi Pertandingan Masakan bertemakan Merdeka anjuran Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) dan lawatan ke tempat hiasan Program Keceriaan bagi sesi penjurian.