- 172 views
KUALA LUMPUR, 24 Ogos 2023 - Kementerian Ekonomi melalui MyDIGITAL Corporation telah mengadakan Majlis Pelancaran Program Kepimpinan Digital Eksekutif (EDL) bersama Asia School of Business (ASB) dengan kerjasama MIT Sloan Management.
Dalam majlis tersebut, YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi dan YB Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib, Timbalan Menteri Ekonomi telah menyaksikan majlis menandatangani dokumen rakan strategik antara MyDIGITAL Corporation dan Academic Partner, Asia School of Business and Technology Immersion Partners, antaranya Amazon Web Services (AWS), Google Cloud, International Business Machines (IBM), Microsoft serta Shopee.
Program EDL merupakan satu latihan berbentuk inovatif untuk tempoh 3 bulan dengan matlamat menyediakan akses untuk memperkasakan eksekutif dalam sektor awam dan swasta dengan kemahiran kepimpinan dan pengetahuan yang diperlukan untuk berkembang maju dalam ekonomi digital.