Kementerian Ekonomi melalui Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) dengan kerjasama Bahagian Sumber Manusia (BSM) dan Unit Komunikasi Korporat (UKK) telah menganjurkan Program Kesedaran ICT pada 2 Julai 2024 yang bertempat di DoubleTree by Hilton Putrajaya.

Dengan tajuk “Pemerkasaan dan Kesiapsiagaan Keselamatan Siber”, ia diharap dapat memberi pendedahan dan kefahaman kepada warga Kementerian Ekonomi mengenai kepentingan keselamatan ICT dalam menyediakan kakitangan yang berpengetahuan untuk menghadapi pelbagai serangan keselamatan ICT, serta membudayakan keselamatan ICT dalam kerja harian.

Ucapan penutup dan penyampaian hadiah bagi pemenang slot kuiz telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Rosliza Binti Hamzah, Pengarah Bahagian Pengurusan Maklumat Kementerian Ekonomi.