Putrajaya, 24 Ogos 2021 - YBhg. Datuk Saiful Anuar Lebai Hussen, Ketua Pengarah, Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri merasmikan program Kibar Jalur Gemilang bersempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-64. Majlis yang diadakan secara dalam talian turut disertai pengurusan tertinggi dan warga EPU.