Program Langkah Integriti, Semarak Merdeka dan Penyerahan Kit 1 Rumah, 1 Jalur Gemilang telah berlangsung meriah pada 19 Ogos 2025 di Lobi Menara Prisma, Kementerian Ekonomi.

Program yang dianjurkan oleh Unit Integriti bersama Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) sempena sambutan Hari Kebangsaan 2025. Program ini adalah sebahagian daripada usaha menggalakkan gaya hidup sihat, mengangkat nilai integriti dan menyemarakkan lagi semangat patriotisme warga Kementerian Ekonomi.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib, Timbalan Menteri Ekonomi dengan ucapan perasmian dan disusuli penyerahan Kit 1 Rumah, 1 Jalur Gemilang oleh Encik Muhammad Najmi Bin Mustapha, Pengarah Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat, merangkap Ketua Pegawai Operasi Sekretariat Merdeka Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen). Turut mengiringi YB Timbalan Menteri ialah YBhg. Dato’ Ts. V. Valluvan Veloo, Timbalan Ketua Setiausaha (MAKRO) dan YBrs. Dr. Nor Azlina Binti Ariffin, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan).

Kemeriahan majlis diteruskan dengan iringan persembahan penuh bersemangat oleh Pasukan ‘Ekon-Pang’ dengan paluan Kompang Inovasi yang diperbuat daripada filem X-ray dan Pasukan ‘Econ Drum Beat’ dengan gendang yang menggamatkan suasana. Majlis diakhiri dengan sesi meletakkan Jalur Gemilang pada kenderaan warga Kementerian Ekonomi dan pelepasan peserta brisk walk.

Terima kasih kepada semua yang hadir menyertai program ini! "Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni"

#KementerianEkonomi

#RancanganMalaysiaKetigaBelas

#RMK13

#RancakkanMADANI

#MalaysiaMADANI

#TaatSetia