- 21 views
Pada 22 Julai 2025, Pusat SDG Negara (PSN), Kementerian Ekonomi dengan kerjasama Urbanice Malaysia telah mengadakan Program Latihan SDG Tahap 1 (asas) di Sekolah Kebangsaan Kota Warisan, Sepang. Program ini telah disertai oleh murid-murid tahun 6 dan telah mendapat kerjasama penuh daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan pihak pengurusan sekolah.Tidak ketinggalan memberikan sokongan juga adalah pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah tersebut.
Program pembangunan kapasiti ini bertujuan untuk memberikan asas kefahaman yang lebih baik kepada generasi muda tentang Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals - SDG) melalui taklimat pengenalan SDG, tayangan video, penganjuran sesi kuiz dan sesi interaktif aktiviti berkumpulan.
Selaras dengan pendekatan keseluruhan negara (whole of nation approach), Aspirasi Malaysia MADANI dan pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-12, PSN akan terus bekerjasama dengan semua pihak dalam usaha memperkasa pengetahuan dan peranan masyarakat dalam menyokong agenda pembangunan mampan negara.
#PusatSDGNegara
#KementerianEkonomi
#MalaysiaMADANI
#SDG2030

