Program lawatan ke Kampung Kuala Serdang, Kuala Pilah iaitu Kampung Angkat MADANI Kementerian Ekonomi telah diadakan melibatkan pelbagai pihak berkepentingan iaitu Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri/Unit Perancang Ekonomi Negeri Sembilan, Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Pilah, Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan, Penghulu DUN Pilah, Ketua Kampung Kuala Serdang, Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung.

YB Puan Noorzunita Begum binti Mohd Ibrahim, Ahli Exco Kerajaan Negeri Sembilan dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan (DUN), Pilah telah menyampaikan ucapan aluan dalam sesi tersebut.

Taklimat telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Nor Azlina binti Ariffin, Setiausaha Bahagian Kanan Pengurusan (SUBK P) dan Encik Mohd Syahril bin Baharudin, Ketua Kampung Kuala Serdang berhubung permasalahan penduduk setempat dan disusuli dengan lawatan ke sekitar kampung.

Kampung Angkat MADANI bertujuan merapatkan jurang antara desa dan bandar serta membangunkan pembangunan masyarakat di kampung ini.