Jeli, 28 Jun 2020 - YB Dato' Sri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) merasmikan Program Menjana Ekonomi Digital@Jeli di Pondok Moden, Bukit Bunga pada hari ini.

Program yang berlangsung selama sehari bertujuan memastikan usahawan di peringkat akar umbi turut terlibat dalam ekonomi digital dan disertai 108 peserta termasuk 10 pengurus pusat internet dan 79 peserta Empower Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).

Landskap keusahawanan mengalami perubahan terutamanya ketika negara berhadapan dengan usaha memulihkan ekonomi pasca Covid-19.  Perniagaan dalam talian yang digalakkan kerajaan kini mendapat sambutan usahawan sebagai kaedah baharu perniagaan masa kini.

Antaranya langkah yang diambil Kerajaan untuk memastikan capaian platform e-dagang lebih meluas, ECER turut bekerjasama dengan pengendali aplikasi seperti OdaMakan bagi membantu usahawan menggunakan platform berkenaan.