Program Pemantapan Ahli Lembaga Pengarah Tahun 2023 anjuran Bahagian Penyelarasan, Kawalan dan Pemantauan dengan Kerjasama Bahagian Sumber Manusia telah diadakan pada 20 hingga 22 Oktober 2023, bertempat di Hotel Bahang Bay, Pulau Pinang.

Matlamat penganjuran program ini adalah untuk memberi nilai tambah kepada pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi oleh peserta mengenai laporan kewangan agensi.

Program ini telah dihadiri oleh 41 orang peserta terdiri daripada pegawai Kementerian Ekonomi yang dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Badan Berkanun Persekutuan dan Negeri serta syarikat Kerajaan. Turut hadir ke program ini juga adalah wakil daripada syarikat-syarikat di bawah seliaan Kementerian Ekonomi.