JASIN, 12 Januari 2023 – YBhg. Dato’ Mohamed Irwan Mansor, Pengarah Bahagian K-Ekonomi, Kementerian Ekonomi telah mengadakan lawatan rasmi bersama wakil Peserta Program Pembasmian Miskin Tegar Negeri Melaka (Jasin) serta Majlis Penutup Program Transformasi Minda/Majlis Gerak Mula Peserta BMT Alor Gajah yang berlangsung kelmarin.

Turut hadir, YBrs. Tuan Haji Azmi A. Rahman, Pengarah (Pengurusan), Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM), YBrs. Encik Mohd Hafidz Mohd Dain, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), wakil Bahagian K-Ekonomi, Kementerian Ekonomi, dan wakil-wakil Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah dan Jasin serta Wakil Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM).