19 Jun 2025, Kuala Lumpur- Bahagian Sumber Manusia diketuai Puan Airene binti Abdullah dari Seksyen Pembangunan Organisasi dan Kaunseling telah mengadakan Program Pra Akrab Modul I Kementerian Ekonomi yang di adakan pada 17-19 Jun 2025 di Hotel Perdana, Kuala Lumpur bertujuan bertujuan melatih dan mentaulihkan ahli AKRAB baharu bagi menyokong psikologi warga Kementerian Ekonomi.

Program Pra Akrab Modul I ini telah disertai seramai 14 peserta dari Kementerian Ekonomi dan lima (5) peserta dari Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Kursus ini telah bekerjasama dengan Pegawai Psikologi Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Puan Cik Harlyanti binti Ariffin dalam menjayakan kursus ini.

Dalam pada itu, kursus ini juga telah menjemput penceramah jemputan iaitu Puan Noor Akeeka binti Mohd Mokhti, Pegawai Psikologi IPK Selangor dan Puan Wan Nor Azlinda binti Abdul Razak, Pegawai Psikologi IPD Seremban.

Program Pra Akrab Modul I ini merupakan modul latihan asas dalam Program Pembangunan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Kursus ini memfokuskan dalam membentuk rakan pembimbing yang berkemahiran dalam memberi bimbingan dan sokongan psikososial secara berkesan, beretika, dan profesional. Peserta akan didedahkan kepada pelbagai modul asas bimbingan secara teori dan praktikal.

#KementerianEkonomi #MalaysiaMADANI #MalaysiaMadaniKesejahteraa #TaatSetia