PUTRAJAYA, 1 Mei 2023 - Bertemakan "Pekerja Pemangkin Wadah Malaysia Madani", sambutan Hari Pekerja 2023 telah disertai kira-kira 2,500 orang pekerja melibatkan pelbagai sektor awam dan swasta termasuk warga Kementerian Ekonomi.

Sambutan Hari Pekerja pada kali ini yang dirasmikan YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri diadakan bagi menghargai sumbangan golongan pekerja terhadap pembangunan ekonomi negara.

YBhg. Dato' Nor Azmie Diron, Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi turut hadir bersama-sama kontinjen Kementerian pada majlis yang berlangsung di Dewan Plenary Hall, PICC Putrajaya.