7-9 Ogos 2024, Putrajaya - Sorotan sekitar Saringan Kesihatan dan Pemeriksaan Pergigian sempena Jerayawara Agenda Nasional Malaysia Sihat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia Peringkat Kementerian Ekonomi 2024 pada 7 hingga 9 Ogos 2024 di Menara Prisma, Putrajaya.

Ianya khusus kepada seluruh warga Kementerian Ekonomi yang ingin mendapatkan keputusan saringan kesihatan yang terkini. YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi turut hadir untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. Sama-samalah kita menjaga kesihatan dengan baik agar dapat menjalani kehidupan seharian yang cerdas dan cergas.